Dah macam dap.

Isu etnik Rohingya.

Pada 16 Mei 2015, saya dah nyatakan pendirian saya:

“Kita akan buat berdasarkan budi bicara atas dasar kemanusiaan tapi kita tidak boleh bagi isyarat yang Malaysia terbuka, siapa-siapa hendak masuk, boleh masuk,”

Itu pendirian saya mengenai etnik Rohingya dan hari ini saya masih lagi kekal dengan pendirian yang sama.

Kalau kita benarkan, apa erti kedaulatan negara ini?

Pada masa ini, kita berdepan dengan satu wabak yang sungguh dahsyat dan kita sudahpun menutup sempadan kita maka tiada keperluan untuk kita menerima mana-mana warganegara termasuk pelarian.

Keutamaan perlu diberikan pada rakyat Malaysia.

Tidak perlu dibahaskan atau dipersoalkan lagi. Muktamad.

Pada 17 April lalu, masih ada lagi yang nak masuk ke negara ini. Alhamdulillah tentera kita sangat efektif.

Tiada kompromi apabila kita dah tetapkan bahawa sempadan kita ditutup dari warga asing.

Seperti saya kata, jika dibenarkan, ia akan menjadi kelaziman dan semakin ramai yang akan masuk. Kalau 200 nak masuk, sudah tentu ada yang lain menunggu.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/04/678073/cubaan-200-pati-seludup-masuk-dipatahkan

Tetapi kita tetap dengan sifat kemanusiaan dan tentera kita tetap agihkan makanan kepada pendatang tanpa izin ini.

Bukan arah mereka pusing balik semata-mata tanpa sebarang bantuan.

Ia juga akan menjadi bencana kemanusiaan namun saya juga tetap dengan pendirian bahawa Malaysia tidak seharusnya dibebankan dengan masalah ini.

Malaysia tidak boleh lagi berterusan menjadi destinasi utama etnik ini dan menanggung beban ini secara sendiri.

Apatah lagi, ada pertubuhan yang tidak berdaftar atau NGO-NGO tertentu dari dalam dan luar negara yang mahukan kesaksamaan dari kerajaan, disebalik status mereka?

Inilah kata orang, sudah diberikan betis, nak peha pulak.

Kita tak zalim tetapi sampai bila kita perlu tangani masalah ini?

Sampai bila?

Tapi, adakah ASEAN ini hanya terdiri dari Malaysia sahaja?

Malah, punyalah baik hati Malaysia, pada pentadbiran saya lalu, kita buatkan hospital medan di Cox Bazar melalui Angkatan Tentera Malaysia.

Sebab itu, tiada siapa yang boleh menuduh Malaysia tidak pernah buat apa atau berlaku zalim dalam isu pelarian Rohingya in.

Sebaliknya, saya percaya Malaysia adalah antara negara yang paling banyak menolong selama ini. Tapi janganlah ambil kesempatan dari kebaikan kami ini.

Dan maaf cakap, PBB pernah ‘suarakan kebimbangan’ malah pada 23 Januari lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) sudahpun memerintahkan Myanmar untuk memastikan tenteranya menghentikan genosid terhadap etnik Rohingya di negara mereka.
http://www.astroawani.com/berita-dunia/icj-bela-nasib-etnik-rohingya-perintah-myanmar-hentikan-genosid-228843

Selepas itu, apakah tindakan selanjutnya?

Apa dilakukan UNCHR? Apa fungsi mereka?

Nampaknya Malaysia bukan lagi dijadikan tempat perlindungan sementara tetapi ada yang berhasrat malah sudah jadikan Malaysia sebagai rumahtangga mereka namun ada juga tak mahu patuh pada undang-undang tetapi nakkan kesaksamaan seperti diterima rakyat Malaysia. Siap ada yang mendakwa mewakili pertubuhan padahal tidak berdaftar pun.

Adakah kita benci pada mereka?

Tidak.

Kita tak suka pada sikap mereka yang tak mahu menjaga kebersihan, tidak mahu mematuhi undang-undang tetapi mahukan kesaksamaan melampau.

Kita perlu utamakan rakyat Malaysia.

Kerajaan perlu bertegas dalam soal pelarian ini dan desak PBB untuk tempatkan semula etnik ini kembali ke Myanmar.

ICJ sudah buat keputusan jelas dan PBB perlu buat tindakan susulan dan bukan sekadar keluarkan kenyataan retorik semata-mata.

Dan jika atas dasar kemanusian dan atas sebab lokasi, Malaysia diperlukan mewujudkan sebuah kem penempatan sementara bagi pelarian Rohingya di sebuah pulau berasingan seperti apa yang negara pernah buat di Pulau Bidong untuk pelarian Vietnam pada masa silam, PBB dan ASEAN perlu menanggung kos serta tanggungjawab ini bersama-sama.

Tapi ini bukan penempatan kekal.

PBB juga perlu memberi jaminan bahawa penempatan semula pelarian Rohingya ke negara-negara ketiga akan dipercepatkan oleh mereka.

  • Najib Razak

Untung

View this post on Instagram

Huntunglaa bagi yang duduk dekat dekat Cheras 😭… Makanan dari Restoran Sangdewi @rozisangdewi memang paling di nanti nanti …. Ya Allah , bukakan lah hati kak Rozi hantar bubur biji nangka kat Ct .. aamiin… hahahahah!! Tengok!!!🤪🤣 • #Repost @rozisangdewi with @make_repost ・・・ Sesiapa nak take away, kami dah siapkan menu2 di #restoranresipisangdewi. Jemput datang. . Restoran Resipi Sangdewi ada membuat penghantaran menu berbuka puasa atau iftar bermula pukul 4 petang. Pesanan harus dibuat sehari sebelum dan kami berniaga 6 hari seminggu (Isnin-Sabtu). Untuk membuat pesanan whatsapp: 018355 8634 (sehari sebelum) dan kami akan memberikan menu iftar. . Untuk pesanan esok, jangan lupa mesej ke no whatsapp yang diberi. . Ada set nasi dan juga ala carte, lauk pauk seperti patin tempoyak, rendang ayam, daging masak lemak cili api dan istimewanya hari ini ada asam pedas daging dan ayam buttermilk. Agar-agar, puding custard jagung, popia serta bubur cha cha juga ada di dalam pilihan menu penghantaran esok. Sambal hitam dan sambal tempoyak pasti ada. . Kepada para pelanggan khususnya yang tinggal di sekitar Cheras dan dalam radius yang boleh datang ke restoran kami, anda boleh membeli bungkus atau take away bermula jam 4 hingga 6.45 petang. Alamat restoran: No.3Ga, Bangunan CMC, Taman Connaught, Cheras. (Bersebelahan bangunan IKON, masuk lorong kecil sebelah restoran Mo-Ka-Ta dan terus hingga ke kawasan di belakang). . Ada set nasi, lauk-pauk, kuih-muih, sambal hitam dan sambal tempoyak. . #restoranresipisangdewi

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Rohingya.

Malaysia menzalimi etnik Rohingya?

Adalah keterlaluan apabila ada sesetengah pemimpin2 politik, NGO-NGO tempatan & antarabangsa menuduh Malaysia ‘menzalimi’ etnik Rohingya

Semata-mata kerana kita ‘terpaksa mengusir’ mereka pulang beberapa hari lepas tatkala negara dan rakyat kita sendiri sedang bergelut dgn waktu2 yg sukar

Benar, Malaysia bukanlah anggota Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967.

Tetapi jangan sesekali nafikan langkah kemanusiaan, ehsan dan pengorbanan yg telah dilakukan oleh Malaysia adalah melebihi daripada apa yg dibuat negara2 anggota Konvensyen pelarian itu sendiri

Di ASEAN, negara Filipina & Kemboja saja yang menandatangani Konvensyen Pelarian, apakah anda melihat wujud ‘langkah ehsan yg dibuat mereka spt mana kita?

Tidak. Bahkan mereka bertindak lebih ‘keras’ terhadap pelarian

Sebab itulah, pd 2017 Portal Heinrich Boll Stiftung dlm artikel Southeast Asia The Future of Forced Migrants in ASEAN menyebut Malaysia negara paling ‘prihatin pelarian’ di rantau ASEAN.

Pelapor Khas PBB mengenai Situasi Hak Asasi Manusia di Myanmar Prof Yanghee Lee sendiri memuji dan menggesa negara lain mencontohi usaha Malaysia yang membantu memperbaiki kehidupan penduduk Rohingya.

Barangkali krn sikap prihatin dan ehsan inilah, Negara kita kini dibanjiri lebih 180 ribu pelarian.

Dan jgn terkejut, lebih 100 ribu daripadanya adalah etnik Rohingya, ianya disahkan sendiri Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Rohingya Sedunia (UWRO), Ghiyathudeen Maulana Abdul Salam pada 2017.

Bayangkan berapa jumlah etnik Rohingya di negara ini pada tahun 2020?

Perjuangan Malaysia membantu masyarakat Rohingya diseluruh dunia bukanlah suatu yg ‘biasa-biasa’. Bahkan peranan yg dimainkan oleh Malaysia melangkaui usaha kemanusiaan biasa

Jangan lupa

Projek kemanusiaan dan pemulihan sosial di Rakhine, dan misi kemanusiaan ‘Food Flotilla for Myanmar’ bernilai RM10juta adalah usaha Malaysia

Jangan lupa

Malaysia lah negara pertama menghantar bantuan kemanusiaan ke Bangladesh selepas lebih 650,000 pelarian Rohingya melarikan diri dari barat Myanmar akibat operasi tentera pada 2018

Malaysia lah mengerahkan aset hospital medan dan peralatan berubatan bernilai RM18 juta dengan kos operasi keseluruhan RM3.5 juta untuk tempoh tiga bulan

Jangan lupa

Malaysia telah menggerakkan 3 kali misi kemanusiaan dan penghantaran delegasi khas yang disokong Arab Saudi dan UAE membantu warga Rohingya.

Jangan lupa

Malaysia lah yg menyediakan kem khas di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) menempatkan pelarian Rohingya, atas “dasar kemanusiaan”. Pd 2015

Jangan lupa

Kerana suara Malaysia peringkat GtoG kerajaan AS menyalurkan sumbangan AS$32 juta (RM134 juta) untuk membantu masyarakat Rohingya di Myanmar pada 2017.

Kerana desakan Malaysia juga lah Jepun, Britain mencapai kata sepakat bahawa masyarakat antarabangsa harus mencari jalan penyelesaian menghantar bantuan kemanusiaan kepada masyarakat Rohingya

Jangan lupa

Malaysia lah yang membangkitkan isu masa depan penempatan warga Rohingya Sesi ke-71 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) di New York pada Sept 2017, termasukla menekan junta Myanmar melulai ASEAN dlm sidang mesyuarat ke-31

Jangan lupa

Malaysia lah secara keras mendesak Myanmar menerima 6 cadangan pemulihan ASEAN terhada Rohingya semasa Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Yangon pada 2016

Jangan lupa

Malaysia lah yang mendesak kerajaan Junta Myanmar memberi akses penuh kepada Persekutuan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) utk menyalurkan bantuan kemanusiaan

Jangan lupa

Malaysia lah pelopor pembentukan ‘Asean Rohingya Center (ARC) Meeting . sebuah “think tank” yang komited dalam kerja advokasi di peringkat Asean. Masihkah kita ingat, pada ketika itu Menteri Luar Malaysia terbang ke 56 negara menyampaikan jemputan dan menganjurkan mesyuarat ini dalam waktu amat singkat bagi menjayakan misi utk Rohingya.

Jangan lupa

Malaysia jugalah berbesar hati memberi peluang pekerjaan kepada pelarian Rohingya seramai 56,000 di Malaysia untuk bekerja secara sah-ini disahkan oleh Dr Helmi Ibrahim, pengarah eksekutif Asean Rohingya Center (ARC)

Jika ehsan spt ini masih dianggap zalim. Ehsan spt mana lg yg harus kita berikan utk mereka?